Selasa, 2009 September 15

wanita gimnastik dengan span tersangkut di bahu


Shima seorang wanita berbintang capricorn. Dia suka menyanyi walaupun pitching nya tidak konsisten. Matlamat hidupnya adalah menyertai bintang rtm. Walaupun pernah dikecam oleh fauzi marzuki, sheila mambo dan rakan2 karyawan, shima tetap setia dengan impiannya itu. Setiap malam ramadan sebelum bersahur, shima akan memutarkan lagu2 arus perdana untuk dinyanyikan. Jiran-jiran shima kurang senang dengan sikapnya yang mengganggu proses persenyawaan penduduk setempat. Lalu mereka membuat laporan polis walaupun mereka membenci polis sebab polis nampak jahat bila tiada orang jahat.

Tok! Tok! Tok!

Shima ralip menyanyi. “sukarnya bagiku..berpisah denganmu...”

Tok! tok! tok!

“kau kunci...cintaku, didalam hatimu..” sambung shima secara rilek.

Beng! Beng! Beng!

Shima kaget.

“Polis. Bukak pintu ni.” Dahi shima berpeluh, risau akan diurine test.

*Kreeoook* pintu dipulas. Shima cuba bertenang.

“shima!” Kata polis itu dengan nada terkejut.

“Jamal!” teriak shima dalam mezzo-soprano. Lantas shima teringat memori silamnya..*Zup zup zup* jamal, lelaki botak tapi berkelumumur yang dijumpai ketika dia hentak membeli kaset metallica suatu ketika dulu. Metallica ketika itu masih rare dan jamal cuba merebut kaset yang terakhir dari genggamannya, lalu tangan mereka bersentuhan. Ketika itu shima terasa seperti terkena renjatan elektrik. hatinya berdebar2 sembilu. Semenjak insiden itu dia dan jamal semakin rapat dan lama kelamaan mulalah berzina tak tentu hala. Makan kfc itu perkara biasa. Apabila berjumpa, Shima suka menyorok dibawah meja. Tetapi jamal lebih selesa duduk dikerusi mengulangkaji pelajaran. Cinta itu sememangnya buta dan entah apa-apa.

“Shima, kau dah berkedut.” Kata Jamal tanpa berselindung. “Jiran-jiran kau mengadu kau suka membuat bising. Mereka nak tidur.”

“Aku sedang praktis jamal. Aku tidak sanggup lagi meniaga tomyam. Aku mahu masuk bintang rtm..mengubah nasib. nanti kalau aku dah popular bolehlah kau muat turun lagu aku sebagai nada dering.” Hujah shima.

Jamal diam. Otak jamal tidak dapat memproses kata2 shima yang tiada hujung pangkal. Keadaan mula menjadi kekok. Hanya bunyi kipas dan cengkerik yang mampu didengari..

“Marilah jamal..kita karaoke sama2”. shima cuba bersuara sambil melipat sebelah kakinya seperti ahli gimnas.


“Kau masih nak jadi penyanyi?” Kata jamal lalu mengacu pistolnya. Shima terpana seketika.

“Ya.” Jawab shima lalu tersenyum, dia tahu jamal suka bergurau. Orang tua nakal.

“Semua ni dah terlambat.” Kata jamal dengan nada serius sambil menarik rapat zip seluar. “Zaman shoulder pad kau dah berlalu. Lebih baik kau guna shoulder pad itu untuk mengepit keluar dulang kuih samprit dari dalam oven.” Tambah jamal.

“Tidak jamal.” Shima mula kedengaran emosional. Kakinya diturunkan. “Menyanyi adalah passion aku. kau jangan hina aku. kalau kau tak suka kau keluar!”

Beng! Beng! Beng!

Jamal keluar pergi bersahur di kfc.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 05:18 | 0 orang tak puasa  
Ahad, 2009 September 06

nasi kandar bestari



hari ini, isnin. 2 pagi.

aku jumpa seseorang yang berkulit putih. kami berbual-bual tentang komponen kapal terbang. tentang permainan video. tentang tomyam. tentang silhouette yang lalu dihadapan panggung wayang dalam vcd cetak rompak.

**pranggg!!**

aku dan dia terkejut. bunyi cawan pecah kat belakang dapur.



"he's going back to india." kata dia.


ditulis oleh wonderpitt pada jam 18:33 | 3 orang tak puasa  
Khamis, 2009 September 03

sememangnya



איך וועל נאָך ליב איר. טאָן ניט זאָרגן

ditulis oleh wonderpitt pada jam 04:37 | 0 orang tak puasa  
Isnin, 2009 Ogos 31

Budak perempuan sepi dalam balang kaca


Jelita bingung. Dia sudah keletihan. Teh orang kampung memang tidak memberi impak.

Tetapi dia gagahkan juga. Jelita mengambil kapak yang dibelinya semalam di 7-eleven dan terus mengapak kepalanya sendiri. “Aduh!” jerit jelita. dia menelan sebiji panadol.

Kepalanya sudah terbelah sehingga kelihatan pepejal merah. Tanpa membuang masa, jelita mencabut otaknya dan meletakkan di atas meja. Otaknya masih berdenyut2 seksi.

Pam!

Otak jelita dikapak lalu terbelah dua. Jelita hampir gila apabila melihat teman lelakinya dulu sedang menyorok dicelah2 serebrum..teman lelakinya itu bergerak secara comel sambil memakan sel2 memori beliau. cheh tak puasa.

“Sial!!” Carut si jelita dibulan mulia. Jelita terus mengambil berus sabut dan secalit axion lalu memberus segala sisa dan kotoran degil di otaknya. “Gosok, jangan tak gosok jelita! “ ujar tam spider yang kebetulan lalu dalam perjalanan ke pasar ramadhan.

Jelita terus menggosok otaknya sampai bersinar dan bergemerlipan tapi teman lelakinya itu tetap degil seperti permanent marker. Seekor kucing albino terjaga akibat gosokan jelita yang bising. Kucing itu hairan melihat tingkah laku jelita lalu bersuara.

“Hei perempuan, kenapa kau tercangkung2 disini ?”

“Aku sedang mencuci otak ku.” Jawab jelita.

“Mencuci otak? Apakah gerangan?” kucing mula busy body.

“Aku cuba membuang sisa-sisa si jahanam ini tetapi..ahh susah.”

Si kucing pun datang membuat inspection terhadap otak jelita..kelihatan dahi kucing berkedut menandakan dia sedang serius.

“Eh kucing, Kau belajar forensik?” Tanya jelita sangsi.

“Tak. Aku biasa tengok CSI:miami” jawab kucing. “otak kau ni dah dijangkiti virus, jadi untuk merawatnya, kau perlukan anti-virus.” Tambahnya lagi.

“Oh macam tu eh. kat mana boleh aku dapatkan binatang anti-virus itu?” jelita bertanya.

“Low yat plaza.” Jawab kucing.

Keesokan harinya jelita terus ke destinasi yang digembar-gemburkan. Sampai2 di low yat plaza, jelita rambang mata melihat pelbagai pilihan anti-virus dihadapan matanya. AVG, Norton, Kapersky yg mengeluarkan bunyi khinzir..lu namakan saja, semua ada. Jelita pun menerangkan masalah yg dihadapi beliau kepada tauke kedai dan bertanyakan anti-virus mana yang sesuai. Si tauke terkejut melihat otak jelita didalam balang kaca. Sangkanya jeruk buah.

“Aiya amoi..ini vailes manyak susah punya mau kasi hilang maa. Ini kedai talak juai wo. Manyak soli.” Kata tauke setelah meneliti balang tersebut.

Jelita kecewa. “Tokey, u tau ka mana kedai ada jual?”

Tauke menarik nafas. “Ini anti-vailes memang talak juai punya maa..lu cali memang talak jumpa punya.”

“Habis tu mcm mana ni??? Sampai bila saya nak terseksa mcm ni tokey..?” jelita semakin gelisah.

“..Sampai ala itu cinta.” Jawab tauke sambil menghulurkan kacang ngan yin kepada jelita.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 05:07 | 8 orang tak puasa  
Sabtu, 2009 Ogos 29

Sebatang 'Rokok' untuk Budak Perempuan Sepi


“Tak mungkin. Ini semua mainan tidur.”

Rokok tercungap2 bangun keluar dari kotaknya..rokok merasa gelisah. Ditambah dengan angin yang bertiup kencang ibarat adegan penamat ibu mertuaku. Woooshhh wooshhh...memang dramatik. Si rokok termimpi yang temannya tidak lagi mahu menghisap badannya yang putih mulus itu. Rokok merasakan masa depannya malap sekali..apa gunanya menjadi rokok jika tidak dibakar. Terasa penghidupannya sebagai rokok itu tiada makna..seperti sudah tiada lagi iman di puntung hatinya. Temannya, si Jelita, seorang budak perempuan yang kekurangan melanin dan mempunyai masalah pigmentasi kulit, mula perasan akan tingkah laku rokok yg pelik. Lalu temannya itu bertanya,

“Kenapa ni rokok? mundar mandir..kau ada masalah? cakaplah pada aku.”

“ Jelita...aku termimpi..yang kau mahu tinggalkan aku..apa benar mimpi ku ini?” Tanya rokok.

“Aaa..aa..”

Budak perempuan itu tidak menduga sama sekali apa yang akan dikatakan rokok itu...Jelita sedikit goyah. Rancangannya untuk lari senyap-senyap mungkin telah musnah. Tapi dia juga tidak mahu melukakan hati teman baiknya itu, lalu dia berkata;

“rokok..aku sayangkan kau. Tapi aku sayangkan paru-paru ku juga...paru-paru ku memerlukan perhatian dan belaian, aku tak mahu dia terseksa lagi. Walau apapun, aku tetap akan merindui kau, kau tahu itu kan?”

Rokok tidak memandang jelita. Merajuk. Rokok juga tahu untuk sentimental.

“Mungkin bila ada cuti umum aku akan datang sekali sekala untuk melawat kau...untuk melepaskan rindu di dada.” Si jelita itu cuba mengambil hati..dia mengusap2 belakang rokok.

Rokok berasa amat hiba...daun2 tembakau mula bercucuran. Namun rokok cuba mengawal perasaan. “Kau janji kau takkan lupakan aku? “kata rokok tersedu-sedu emosional sambil cuba menerima ketentuan Ilahi.

jelita merapatkan bibirnya ke rokok itu...lalu mengucupnya dengan perlahan. “aku janji” kata budak perempuan itu.

“Aku harap kita akan berjumpa lagi.” kata rokok. nikotinnya mula menitis. Setitik demi setitik.

“Selamat tinggal teman yang paling aku sayang.” Bisik jelita.

Lantas jelita memejam mata dan melempar rokok sekuat2 hati. Rokok terasa dirinya seperti seekor rama2 dengan kuasa tujahan.

Seorang teman telah melempar temannya baiknya yang dikenali dari sekolah, temannya ketika gembira, ketika susah..ketika ranap, teman sekatil, setandas, semeja, setangga..teman disaat keadaannya terhabis hina..Semua itu telah habis dilemparkan.

Budak perempuan itu mula merasakan sepi apabila melihat temannya itu sudah kecil dari pandangannya. Si rokok masih memegang mata pada jelita sambil tersenyum diawangan, rokok berharap jelita akan selalu gembira walaupun tanpa kehadirannya disisi...dan perlahan2 balkoni itu kelihatan semakin jauh. “Jelitaku, kaulah teman aku yang paling romantik!” Getus hati rokok lantas menutup matanya untuk kali terakhir.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 13:01 | 4 orang tak puasa  
Jumaat, 2009 Ogos 28

Si gadis kecil yang kecil akalnya.

Original. Yang asal. Asli bak kata azizah mahzan. Apa benda la agaknya yang original kat dunia ni? Gua cuba terima hakikat bahawa original itu adalah non-existent..tapi pada gua yang original hanyalah benda2 yang diciptakan Tuhan. Selain tu semua benda yang lu sembang, tulis, buat, reka tu hanyalah sekadar terinspirasi dari benda yang lu pernah alami, dengar, baca, lihat, bau, dan rasa sebelum ni. Kalau betul2 pun lu cipta sesuatu benda yg memang tak pernah ada kat dunia ni, idea/ilham tu tetap Tuhan yang bagi dik. Senang cerita yg original tu Tuhan punya..idea yang lu orang dapat ni ibarat file2 dalam rapidshare.com yang didownload secara berleluasa. Semua yg 2nd hand.

Idea boleh datang dalam banyak cara. Kadang2 secara sukarela, suka-suka hati, tak pun dalam mimpi. Kadang2 time lu tengah feel2 beristinjak sambil tutup mata, pling! dpt idea. Tapi selalunya dia muncul dari pemahaman terhadap sesuatu yang lu tahu, atau lu pernah alami, lepas tu lu edjas2 maklumat yang bersepah dalam kepala hotak lu tu mengikut selera lu..dan dari situ lu keluarkan sesuatu yang lu panggil ‘milik lu’. Takde la original mana..improvisation je lebih. Semua ni boleh lu lihat dalam muzik, senibina, filem, catan, penulisan, produk2 dsb. tapi nak mengeluarkan sesuatu yang boleh lu panggil ‘milik lu’ ni bukanlah mudah seperti berbuka puasa, mahupun mengecat tiang sekolah adik. Skop original ni luas tapi sekarang gua cuma nak cakap dari segi penulisan sahaja..lebih spesifik, penulisan blog. Gua pun ada tugas negara lain nak kena jaga.

Baru2 ni seorang gadis yang comel telah mengadu kepada gua akan perihal sebuah blog ini. Apa dia ingat gua ni polis nak adu2..tapi atas dasar prihatin gua bertolak ansur juga. Setelah disiasat, rupanya blog ni sudah memplagiat hasil karya orang lain. Cheh. Gua tak kisah sangat sebenarnya, elok gua memikirkan juadah apa nak dibeli untuk berbuka nanti, tapi tindakan keji penulis blog ni adalah ibarat satu rompakan terhadap penulis asal post2 yang dicedok tu. seperti kata metallica, ‘and justice for all’ tu tak ada. Memang panas. orang2 lain penat menaip, memikirkan abjad2 konsonan..lu suka2 je copy, lepas tu paste sebijik2 kat blog lu..siap tambah nama lu lagi kat bawah tu. dey macha..nak kata lu tak terpelajar..belajar TESL, dgr kata nak pergi NZ sambung study..tapi macam ni ke minda lu beroperasi? Lu ni mesti time kecik time mak nak suap scott emulsion yang kaler putih tu lu lari..sebab tu kepala hotak lu jadi mendap tak tentu hala, tak boleh nak construct ayat sendiri. Gua bajet mamak NZ curry house pun karang sendiri blog dia.

Gua seriusli rasa penulis2 yang jadi mangsa dia ni patut berbangga sebab orang macam dia ni nak kawan2 dia fikir yang dia berfikiran macam lu orang. Gua rasa dia ni nak femes je dgn cara yang mudah..dia nak orang lain pandang dia tinggi..kononnya dia boleh menulis benda2 yang cool, yang ‘pandai’, ada byk pengalaman yang best dsb..tapi sekarang tengok..blog terus diprivatekan selepas mendapat ulasan2 membina daripada gua dan rakan2. Ha tau pulak nak malu. Dlm TV pun dah ckp"bila dah kena pada diri sendiri, baru rasa insaf tu datang pada diri dia. dia tak tahu yang kita sayang kat dia ni." Gua bukan fiksyen..ini memang kisah benar macam kat tv3 pukul 1 tu. Gua tau dah tindakan memprivasikan blog pasti berlaku..oleh itu gua dah save kemas2 page dia so lu orang boleh tengok dan geleng kepala sambil menyebut “ish ish ish” ketika berbuka nanti. Tapi demi menjaga maruah dan masa depan bakal suami dia dan anak2, gua bertindak untuk menapis muka dia mengikut budi bicara. kalau tunjuk pun bukan lawa mana..lawa lagi bucu katil rumah gua.


kalau lu orang biasa tikam kuda dan nak mencuba nasib, ni link dia http://smoochieazz.blogspot.com

Yang ni la entri kegemaran gua. klik untuk lebih jelas. agak2 lu org siapa punya? nasihat gua, kalau nak cedok cari la yang kurang popular sikit. cari nahas betul. gua baru bagi komen sikit terus private. sensitif nak mampus. tuan asal entri ni tengok ni mahu terbatal puasa dia. terus tersedu2 mengadu pada ibu lalu disuap chocolate moist cake agar dia bertenang. untuk version asal, klik sini


Ini antara entri lain yang cetak rompak. kalau lu org perasan, perkataan mummy tu dia tukar..entri asal guna perkataan ibu. mungkin ibu kedengaran kodi...kalau mummy barula kedengaran TESL sikit ye tak. link asal entri ni lu orang boleh klik sini

Kepada penulis blog tersebut, gua harap lu berenti lah buat kerja tak senonoh ni. entri lu yang bertajuk "Lelaki maskuliniti dan bilik bersalin" tu pun gua dah check bukan lu punya. yg lain tu lagi lahhhh. Kalau lu dah tak tahu nak tulis apa elok lu pergi mengaji ataupun menanam sawit. Banyak lagi ah aktiviti yang mulia. Kalau lu nak copy, lu copy senyap2 pastu lu print dan frame tepi almari. That’s it. tak payah nak post kt blog lepas tu mengaku lu punya. Kasi panas orang baca je.


Nota pasca entri: lagu kat page lu memang annoying serta merosakkan akidah. nampaknya gua perlu samak telinga gua.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 18:19 | 10 orang tak puasa  

kertas pasir bekas gigitan si anu

Anu memandang refleksi tapak kakinya di lantai pasaraya yahudi itu. berkilat. orang2 nepal memang berwibawa, tapi jiwa anu tetap berkocak. dalam tangannya terdapat dua butir syiling. Kertas2 pasir import di pasaraya itu kebanyakannya mahal tetapi berkualiti. Anu sedar yang nafsunya tidak dapat dipenuhi lagi hari ini. Langsung anu berlari dalam kekecewaan sambil mengetip2 bibirnya. Matanya berkilat.

Bob! (bunyi perlanggaran. Bukan budak gemuk)

Anu terduduk. Punggungnya retak tercucuk pensel mekanikal. Dihadapannya, seorang gadis comel, juga terduduk. “Aduh bontotku”, kata gadis itu. Sos aminah hassan terlepas dari tangannya yang herot itu. Keling keling keling...botol itu berhenti setelah kehabisan momentum.

Anu terus mengelap2 matanya yang berkilat..dia tidak mahu digelar pemuda air mata. Gadis comel itu terpegun melihat anu yang tidak berbaju. Perut anu kelihatan sedikit boroi, namun pusatnya tidak berdaki. Anu bangun dan terus berlari.

gadis itu tidak cukup comel untuknya.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 13:19 | 4 orang tak puasa  
Langgan: Catatan (Atom)