Selasa, 15 September 2009

wanita gimnastik dengan span tersangkut di bahu


Shima seorang wanita berbintang capricorn. Dia suka menyanyi walaupun pitching nya tidak konsisten. Matlamat hidupnya adalah menyertai bintang rtm. Walaupun pernah dikecam oleh fauzi marzuki, sheila mambo dan rakan2 karyawan, shima tetap setia dengan impiannya itu. Setiap malam ramadan sebelum bersahur, shima akan memutarkan lagu2 arus perdana untuk dinyanyikan. Jiran-jiran shima kurang senang dengan sikapnya yang mengganggu proses persenyawaan penduduk setempat. Lalu mereka membuat laporan polis walaupun mereka membenci polis sebab polis nampak jahat bila tiada orang jahat.

Tok! Tok! Tok!

Shima ralip menyanyi. “sukarnya bagiku..berpisah denganmu...”

Tok! tok! tok!

“kau kunci...cintaku, didalam hatimu..” sambung shima secara rilek.

Beng! Beng! Beng!

Shima kaget.

“Polis. Bukak pintu ni.” Dahi shima berpeluh, risau akan diurine test.

*Kreeoook* pintu dipulas. Shima cuba bertenang.

“shima!” Kata polis itu dengan nada terkejut.

“Jamal!” teriak shima dalam mezzo-soprano. Lantas shima teringat memori silamnya..*Zup zup zup* jamal, lelaki botak tapi berkelumumur yang dijumpai ketika dia hentak membeli kaset metallica suatu ketika dulu. Metallica ketika itu masih rare dan jamal cuba merebut kaset yang terakhir dari genggamannya, lalu tangan mereka bersentuhan. Ketika itu shima terasa seperti terkena renjatan elektrik. hatinya berdebar2 sembilu. Semenjak insiden itu dia dan jamal semakin rapat dan lama kelamaan mulalah berzina tak tentu hala. Makan kfc itu perkara biasa. Apabila berjumpa, Shima suka menyorok dibawah meja. Tetapi jamal lebih selesa duduk dikerusi mengulangkaji pelajaran. Cinta itu sememangnya buta dan entah apa-apa.

“Shima, kau dah berkedut.” Kata Jamal tanpa berselindung. “Jiran-jiran kau mengadu kau suka membuat bising. Mereka nak tidur.”

“Aku sedang praktis jamal. Aku tidak sanggup lagi meniaga tomyam. Aku mahu masuk bintang rtm..mengubah nasib. nanti kalau aku dah popular bolehlah kau muat turun lagu aku sebagai nada dering.” Hujah shima.

Jamal diam. Otak jamal tidak dapat memproses kata2 shima yang tiada hujung pangkal. Keadaan mula menjadi kekok. Hanya bunyi kipas dan cengkerik yang mampu didengari..

“Marilah jamal..kita karaoke sama2”. shima cuba bersuara sambil melipat sebelah kakinya seperti ahli gimnas.


“Kau masih nak jadi penyanyi?” Kata jamal lalu mengacu pistolnya. Shima terpana seketika.

“Ya.” Jawab shima lalu tersenyum, dia tahu jamal suka bergurau. Orang tua nakal.

“Semua ni dah terlambat.” Kata jamal dengan nada serius sambil menarik rapat zip seluar. “Zaman shoulder pad kau dah berlalu. Lebih baik kau guna shoulder pad itu untuk mengepit keluar dulang kuih samprit dari dalam oven.” Tambah jamal.

“Tidak jamal.” Shima mula kedengaran emosional. Kakinya diturunkan. “Menyanyi adalah passion aku. kau jangan hina aku. kalau kau tak suka kau keluar!”

Beng! Beng! Beng!

Jamal keluar pergi bersahur di kfc.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 5:18 PG | 0 mencari publisiti  
Ahad, 6 September 2009

nasi kandar bestari



hari ini, isnin. 2 pagi.

aku jumpa seseorang yang berkulit putih. kami berbual-bual tentang komponen kapal terbang. tentang permainan video. tentang tomyam. tentang silhouette yang lalu dihadapan panggung wayang dalam vcd cetak rompak.

**pranggg!!**

aku dan dia terkejut. bunyi cawan pecah kat belakang dapur.



"he's going back to india." kata dia.


ditulis oleh wonderpitt pada jam 6:33 PTG | 3 mencari publisiti  
Isnin, 31 Ogos 2009

Budak perempuan sepi dalam balang kaca


Jelita bingung. Dia sudah keletihan. Teh orang kampung memang tidak memberi impak.

Tetapi dia gagahkan juga. Jelita mengambil kapak yang dibelinya semalam di 7-eleven dan terus mengapak kepalanya sendiri. “Aduh!” jerit jelita. dia menelan sebiji panadol.

Kepalanya sudah terbelah sehingga kelihatan pepejal merah. Tanpa membuang masa, jelita mencabut otaknya dan meletakkan di atas meja. Otaknya masih berdenyut2 seksi.

Pam!

Otak jelita dikapak lalu terbelah dua. Jelita hampir gila apabila melihat teman lelakinya dulu sedang menyorok dicelah2 serebrum..teman lelakinya itu bergerak secara comel sambil memakan sel2 memori beliau. cheh tak puasa.

“Sial!!” Carut si jelita dibulan mulia. Jelita terus mengambil berus sabut dan secalit axion lalu memberus segala sisa dan kotoran degil di otaknya. “Gosok, jangan tak gosok jelita! “ ujar tam spider yang kebetulan lalu dalam perjalanan ke pasar ramadhan.

Jelita terus menggosok otaknya sampai bersinar dan bergemerlipan tapi teman lelakinya itu tetap degil seperti permanent marker. Seekor kucing albino terjaga akibat gosokan jelita yang bising. Kucing itu hairan melihat tingkah laku jelita lalu bersuara.

“Hei perempuan, kenapa kau tercangkung2 disini ?”

“Aku sedang mencuci otak ku.” Jawab jelita.

“Mencuci otak? Apakah gerangan?” kucing mula busy body.

“Aku cuba membuang sisa-sisa si jahanam ini tetapi..ahh susah.”

Si kucing pun datang membuat inspection terhadap otak jelita..kelihatan dahi kucing berkedut menandakan dia sedang serius.

“Eh kucing, Kau belajar forensik?” Tanya jelita sangsi.

“Tak. Aku biasa tengok CSI:miami” jawab kucing. “otak kau ni dah dijangkiti virus, jadi untuk merawatnya, kau perlukan anti-virus.” Tambahnya lagi.

“Oh macam tu eh. kat mana boleh aku dapatkan binatang anti-virus itu?” jelita bertanya.

“Low yat plaza.” Jawab kucing.

Keesokan harinya jelita terus ke destinasi yang digembar-gemburkan. Sampai2 di low yat plaza, jelita rambang mata melihat pelbagai pilihan anti-virus dihadapan matanya. AVG, Norton, Kapersky yg mengeluarkan bunyi khinzir..lu namakan saja, semua ada. Jelita pun menerangkan masalah yg dihadapi beliau kepada tauke kedai dan bertanyakan anti-virus mana yang sesuai. Si tauke terkejut melihat otak jelita didalam balang kaca. Sangkanya jeruk buah.

“Aiya amoi..ini vailes manyak susah punya mau kasi hilang maa. Ini kedai talak juai wo. Manyak soli.” Kata tauke setelah meneliti balang tersebut.

Jelita kecewa. “Tokey, u tau ka mana kedai ada jual?”

Tauke menarik nafas. “Ini anti-vailes memang talak juai punya maa..lu cali memang talak jumpa punya.”

“Habis tu mcm mana ni??? Sampai bila saya nak terseksa mcm ni tokey..?” jelita semakin gelisah.

“..Sampai ala itu cinta.” Jawab tauke sambil menghulurkan kacang ngan yin kepada jelita.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 5:07 PG | 9 mencari publisiti  
Sabtu, 29 Ogos 2009

Sebatang 'Rokok' untuk Budak Perempuan Sepi


“Tak mungkin. Ini semua mainan tidur.”

Rokok tercungap2 bangun keluar dari kotaknya..rokok merasa gelisah. Ditambah dengan angin yang bertiup kencang ibarat adegan penamat ibu mertuaku. Woooshhh wooshhh...memang drama lebih. Si rokok termimpi yang temannya tidak lagi mahu menghisap badannya yang putih mulus itu. Rokok merasakan masa depannya malap sekali..apa gunanya menjadi rokok jika tidak dibakar. Terasa penghidupannya sebagai rokok itu takde makna. Temannya, si Jelita, seorang budak perempuan yang kekurangan melanin dan mempunyai masalah pigmentasi kulit, mula perasan akan tingkah laku rokok yg pelik. Lalu Jelita bertanya,

“Kenapa ni rokok? mundar mandir..kau ada masalah? cakaplah pada aku.”

“ Jelita...aku termimpi..yang kau mahu tinggalkan aku..apa benar mimpi ku ini?” Tanya rokok.

“Aaa..aa..”

Budak perempuan itu tidak menduga sama sekali apa yang akan dikatakan rokok itu...Jelita sedikit goyah. Rancangannya untuk lari senyap-senyap mungkin telah musnah. Tapi dia juga tidak mahu melukakan hati teman baiknya itu, lalu dia berkata;

“rokok..aku sayangkan kau. Tapi aku sayangkan paru-paru aku juga...paru-paru aku memerlukan perhatian dan belaian, aku tak mahu dia terseksa lagi. Walau apapun, aku tetap akan merindui kau, kau tahu itu kan?”

Rokok tidak memandang jelita. Merajuk konon. Rokok juga tahu erti sentimental.

“Mungkin bila ada cuti umum aku akan datang sekali sekala untuk melawat kau...untuk melepaskan rindu di dada.” Si jelita itu cuba mengambil hati..dia mengusap2 belakang rokok.

Rokok berasa amat hiba...daun2 tembakau mula bercucuran. Namun rokok cuba mengawal perasaan. “Kau janji kau takkan lupakan aku? “kata rokok tersedu-sedu emosional sambil cuba menerima ketentuan takdir.

Jelita merapatkan bibirnya ke rokok itu...lalu mengucupnya dengan perlahan. “aku janji” kata budak perempuan itu.

“Aku harap kita akan berjumpa lagi.” kata rokok. nikotinnya mula menitis. Setitik demi setitik.

“Selamat tinggal teman yang paling aku sayang.” Bisik Jelita.

Lantas Jelita memejam mata dan melempar rokok sekuat2 hati. Rokok terasa dirinya seperti seekor rama-rama belang dengan kuasa tujahan.

Seorang gadis telah melempar temannya baiknya yang dikenali dari sekolah, temannya ketika gembira, ketika susah..ketika ranap, teman sekatil, setandas, semeja, setangga..teman disaat keadaannya terhabis hina..semua itu telah habis dilemparkan.

Budak perempuan itu mula merasakan sepi apabila melihat temannya itu sudah kecil dari pandangannya. Si rokok masih memegang mata pada Jelita sambil tersenyum diawangan, rokok berharap Jelita akan selalu gembira walaupun tanpa kehadirannya disisi...dan perlahan2 balkoni itu kelihatan semakin jauh.

“Jelitaku, kaulah teman aku yang paling romantik.” bisik hati rokok lantas menutup matanya untuk kali terakhir.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 1:01 PTG | 4 mencari publisiti  
Jumaat, 28 Ogos 2009

kertas pasir bekas gigitan si anu

Anu memandang refleksi tapak kakinya di lantai pasaraya yahudi itu. berkilat. orang2 nepal memang berwibawa, tapi jiwa anu tetap berkocak. dalam tangannya terdapat dua butir syiling. Kertas2 pasir import di pasaraya itu kebanyakannya mahal tetapi berkualiti. Anu sedar yang nafsunya tidak dapat dipenuhi lagi hari ini. Langsung anu berlari dalam kekecewaan sambil mengetip2 bibirnya. Matanya berkilat.

Bob! (bunyi perlanggaran. Bukan budak gemuk)

Anu terduduk. Punggungnya retak tercucuk pensel mekanikal. Dihadapannya, seorang gadis comel, juga terduduk. “Aduh bontotku”, kata gadis itu. Sos aminah hassan terlepas dari tangannya yang herot itu. Keling keling keling...botol itu berhenti setelah kehabisan momentum.

Anu terus mengelap2 matanya yang berkilat..dia tidak mahu digelar pemuda air mata. Gadis comel itu terpegun melihat anu yang tidak berbaju. Perut anu kelihatan sedikit boroi, namun pusatnya tidak berdaki. Anu bangun dan terus berlari.

gadis itu tidak cukup comel untuknya.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 1:19 PTG | 4 mencari publisiti  
Selasa, 25 Ogos 2009

kau

“Kau nak kemana?”

“Kemana abang boleh bawa saya?”

“Mana-mana. Aku kan pemandu teksi.”

“Ok. abang bawa saya ke hati dia.”

“Dia ke dia?”

“elok2 sikit cakap..saya straight bang.”

"habis tu yang nu?"

"ha..dia tu lah."

“Hmm comel. Ok.” *tekan meter*

“Banyak customer harini bang?”

“Boleh la. Rezeki anak-anak.”

“Abang dah kahwin ke?”

“Rezeki anak-anak.”

“Ohhh.”

“Ni nak belok mana ni? Kanan ke kiri?”

“Abang redah je la asalkan sampai.”

“Kau jangan main2. Aku puasa hari ni.”

“Dasar orang tua, tak boleh bawa bergurau. abang masuk kanan.”

“Jalan apa yg kau bagi ni. Berliku-liku, berlubang sini sana. susah aku nak drive."

“Biasa la bang, kerajaan barisan nasional.”

“Aku tak minat politik. “

“Jangan la serius sangat bang. Eh bang tu dia, tuuu. Stop, stop!”

*Skreeet...*

“Mana?? Kau ni buat terkejut aku je.”

“Eh mana dia pergi..tadi nampak mcm dia. Sumpah bang.”

“Dah2 turun. Kau ni menyusahkan aku.”

“Ala bang sori la bang.”

“Takde2, bayar skrg!”

“Huih mahalnya. Tak hormat saya yang menganggur ni ke..”

“Itu kau punya pasal. Aku dah bawak jauh dah ni.”

“Tapi saya tak sampai lagi..”

“Kau cari teksi lain.”

“Tapi duit saya dah habis dah.”

“Kalau kau betul-betul nak pergi situ, usaha la sikit. Jalan kaki ke apa.”

“Baiklah. Saya jalan kaki. Apa nak jadi, jadilah.”

“Betul?”

“Betul.”

“Kesian pulak aku tengok kau ni, meh la aku hantar mana-mana tempat yang ada.”

“Takpe lah bang. saya dah janji dah nak pergi sana tak kira apa yang terjadi.”

“Kau ni degil. Kat situ ada apa? kasino? Macam la best sangat."

“Situ tempat saya bang, rumah saya.”


ditulis oleh wonderpitt pada jam 4:41 PG | 0 mencari publisiti  
Rabu, 19 Ogos 2009

papan visual yang aneh

Tit tit.

Aku terjaga. Fak! Pukul berapa ni?! Mana matahari???

Aku check talipon. “pe cer lukisan?” kata fynn.


Mampus. Apa aku nak sembang.


Air muka nak kena jaga. Sepatutnya aku dah boleh siapkan awal2, tapi kalau tak kerana binatang graphic tablet itu, tentu aku dah kaya 50 ringgit. Aku nak ke shah alam hari ni dengan rm14.90 dalam saku. Semoga aku tidak digoda mcdonald. Itu sahaja harapan aku. Tolong lah jangan buat palat tak boleh install lagi. ini adalah penentu survivalisasi aku. takkan aku nak masuk MLM pulak, memang tak.

Graphic tablet, perut gua bergantung pada lu sekarang.


ditulis oleh wonderpitt pada jam 9:09 PTG | 0 mencari publisiti  
Ahad, 5 Julai 2009

dua puluh sen.

aku dan kau adalah permukaan yang berbeza.

tapi aku harap kita masih diatas koin yang sama.



ditulis oleh wonderpitt pada jam 9:22 PG | 0 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)