Selasa, 15 September 2009

wanita gimnastik dengan span tersangkut di bahu


Shima seorang wanita berbintang capricorn. Dia suka menyanyi walaupun pitching nya tidak konsisten. Matlamat hidupnya adalah menyertai bintang rtm. Walaupun pernah dikecam oleh fauzi marzuki, sheila mambo dan rakan2 karyawan, shima tetap setia dengan impiannya itu. Setiap malam ramadan sebelum bersahur, shima akan memutarkan lagu2 arus perdana untuk dinyanyikan. Jiran-jiran shima kurang senang dengan sikapnya yang mengganggu proses persenyawaan penduduk setempat. Lalu mereka membuat laporan polis walaupun mereka membenci polis sebab polis nampak jahat bila tiada orang jahat.

Tok! Tok! Tok!

Shima ralip menyanyi. “sukarnya bagiku..berpisah denganmu...”

Tok! tok! tok!

“kau kunci...cintaku, didalam hatimu..” sambung shima secara rilek.

Beng! Beng! Beng!

Shima kaget.

“Polis. Bukak pintu ni.” Dahi shima berpeluh, risau akan diurine test.

*Kreeoook* pintu dipulas. Shima cuba bertenang.

“shima!” Kata polis itu dengan nada terkejut.

“Jamal!” teriak shima dalam mezzo-soprano. Lantas shima teringat memori silamnya..*Zup zup zup* jamal, lelaki botak tapi berkelumumur yang dijumpai ketika dia hentak membeli kaset metallica suatu ketika dulu. Metallica ketika itu masih rare dan jamal cuba merebut kaset yang terakhir dari genggamannya, lalu tangan mereka bersentuhan. Ketika itu shima terasa seperti terkena renjatan elektrik. hatinya berdebar2 sembilu. Semenjak insiden itu dia dan jamal semakin rapat dan lama kelamaan mulalah berzina tak tentu hala. Makan kfc itu perkara biasa. Apabila berjumpa, Shima suka menyorok dibawah meja. Tetapi jamal lebih selesa duduk dikerusi mengulangkaji pelajaran. Cinta itu sememangnya buta dan entah apa-apa.

“Shima, kau dah berkedut.” Kata Jamal tanpa berselindung. “Jiran-jiran kau mengadu kau suka membuat bising. Mereka nak tidur.”

“Aku sedang praktis jamal. Aku tidak sanggup lagi meniaga tomyam. Aku mahu masuk bintang rtm..mengubah nasib. nanti kalau aku dah popular bolehlah kau muat turun lagu aku sebagai nada dering.” Hujah shima.

Jamal diam. Otak jamal tidak dapat memproses kata2 shima yang tiada hujung pangkal. Keadaan mula menjadi kekok. Hanya bunyi kipas dan cengkerik yang mampu didengari..

“Marilah jamal..kita karaoke sama2”. shima cuba bersuara sambil melipat sebelah kakinya seperti ahli gimnas.


“Kau masih nak jadi penyanyi?” Kata jamal lalu mengacu pistolnya. Shima terpana seketika.

“Ya.” Jawab shima lalu tersenyum, dia tahu jamal suka bergurau. Orang tua nakal.

“Semua ni dah terlambat.” Kata jamal dengan nada serius sambil menarik rapat zip seluar. “Zaman shoulder pad kau dah berlalu. Lebih baik kau guna shoulder pad itu untuk mengepit keluar dulang kuih samprit dari dalam oven.” Tambah jamal.

“Tidak jamal.” Shima mula kedengaran emosional. Kakinya diturunkan. “Menyanyi adalah passion aku. kau jangan hina aku. kalau kau tak suka kau keluar!”

Beng! Beng! Beng!

Jamal keluar pergi bersahur di kfc.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 5:18 PG | 0 mencari publisiti  
Ahad, 6 September 2009

nasi kandar bestari



hari ini, isnin. 2 pagi.

aku jumpa seseorang yang berkulit putih. kami berbual-bual tentang komponen kapal terbang. tentang permainan video. tentang tomyam. tentang silhouette yang lalu dihadapan panggung wayang dalam vcd cetak rompak.

**pranggg!!**

aku dan dia terkejut. bunyi cawan pecah kat belakang dapur.



"he's going back to india." kata dia.


ditulis oleh wonderpitt pada jam 6:33 PTG | 3 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)