Ahad, 24 Januari 2010

budak perempuan sepi yang tak pernah hodoh



“Allahuakbar Allahuakbar..”

Kedengaran azan dari masjid. Bukan dari gereja.

Jelita terjaga dari tidur dengan membuka matanya. Dia melihat kipas. kelihatan seekor kucing sedang bergayut pada kipas yang berpusing2 itu. Jelita mengecam wajah kucing itu..ya, itu adalah kucing albino yang dijumpanya tempoh hari.

“hoi!” jerit jelita “apa masalah kau?”

“Hey, kau dah bangun” kucing bersuara. “minta maaf. Aku tgh bosan. Aku perlukan entertainment.”

“dah2, turun. Bilik aku bukan genting highland” tegas jelita.

“Kau apa khabar? Lama betul kita tak bertemu ya. Penulis blog ni memang tidak konsisten” kata kucing yang suka mencari kesalahan orang lain.

“itu lah sebab, tahu2 aku terjaga. Aku lebih suka tidur dan bermain karom.” jelita cuba berkongsi minat. Tapi kucing tidak menjawab. Kipas masih rancak berpusing.

“kenapa kau diam kucing?” jelita hairan. Hati pula berdebar.

“Panggil aku roy.” Kata kucing. “kau seksi bila tidur.” tambahnya lagi.

“Ni kau kata seksi?” jelita menuding jari kearah punggungnya. Jelita memang sudah lama menyirap terhadap punggungnya sendiri. Baginya, itu semua adalah lemak yang entah apa2. Mahu saja lemaknya didermakan kepada cawangan2 satay hj.samuri.

“kau tak faham nafsu binatang” kucing memandang tingkap. “Bagi aku, kau perempuan yang handsome”

“Tak..kau yang tak faham. Lelaki nak yang keding2 kau tahu? Aku tak mahu menjadi seperti makcik kantin..aku mahu dicintai” kata jelita penuh emosi.

“Kau mahu lelaki mencintai kau atau mencintai bontot kau? Kucing mula hilang daya imbangan.

“aku...aku tak tahu. aku cuma nak orang sayang aku. ” jelita terduduk disudut dinding. pengaruh televisyen. Kucing terjatuh mendengar kata2 jelita itu..alignment tulang paru-parunya terus lari seperti tayar perodua viva.

“Aku pun” jawab kucing lalu bangun dan menghulurkan tangannya. ”Mari. “

Jelita menyambut tangan berbulu itu. Kelihatan jelas jam tangan licorn yang dipakai oleh kucing. Jam itu adalah hadiah saguhati yang dimenangi dari tv show perdana ria.

“Kemana?” soal jelita.

“SS2. Butter chicken.” Jawab kucing berhemah.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 10:15 PTG | 2 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)