Jumaat, 30 April 2010

menjawab magenta

Sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa dekat blog ini. Budak Perempuan Sepi yang aku selalu tulis pun sudah tak sepi sangat. Budak tu pun dah makin banyak peminat semenjak dah masuk Muzik-Muzik, cuma kaki dia sahaja tak panjang-panjang.

Walaupun tak aktif berblog, aku selalu jugak membaca blog. Salah satu blog yang aku selalu tunggu-tunggu entri dia adalah blog kepunyaan Cik Magenta. Siapa dia Magenta ni? Aku tak kenal tapi aku suka dia sebab kebanyakan apa yang dia tulis adalah benda yang aku rasa aku nak tulis tapi tak boleh tulis. Selamat dia dah tulis..senang sikit hidup. (Setiap kali aku baca perkataan ‘magenta’ mesti ada imej Magneto berdiri memegang helmet terselit sekali dalam kepala aku. Perkara ini sungguh merungsingkan.)

Aku sudah membaca entri Magenta yang terbaru di blog beliau. Klik sini untuk baca. Mula-mula aku nak comment entri itu kat comment box dia tapi macam banyak pulak benda aku nak comment..berjela-jela. Jadi aku buat saja entri baru untuk mengomen entrinya di blog aku. Dia nak baca atau tidak, hal lain. Aku nak menulis entri ni sebab ini adalah kisah benar. Sebelum ni entri blog ni semuanya fiksyen dan tahyul belaka dan memandangkan idea tak ada-ada, ada baiknya untuk bertukar genre sekali sekala.


Respon kepada Entri Cik Magenta yang bertajuk:

5 Perkara Bodoh yang Boleh Membuatkan Aku Rasa Teragak-agak.

Point 1 & 2 banyak pasal kapal terbang. Aku takde comment sebab aku 2 kali je kot pernah naik kapal terbang. Tu pun masa otak belum berkembang sepenuhnya, jadi aku berhak untuk merasa jakun bila dapat peluang untuk naik sebiji nanti. Oleh itu tanpa membuang masa lagi, marilah ke point yang seterusnya.


3) Tak suka buat orang tertunggu-tunggu

Aku selalu rasa pressured bila nak beli tiket LRT. Time nak bayar tu, baru kelam kabut nak ambik duit syiling dalam dompet. Muka akak kaunter tu pulak berciri bengis. Tak aneh rasanya kalau takde orang masuk meminang. Aku selalu bayangkan orang ramai yang beratur kat belakang aku secara bersepakat herdik “Cepat bayar! Cepat bayar! ”. Aku memang tak suka keadaan macam ni! Mungkin inilah situasi yang selalu dialami oleh pencipta kad Touch n Go sebelum ini.


4) Bayar dengan wang kertas

Pasal bayar-membayar ni aku takut kalau aku beli barang yang harganya kurang dari RM6-7, tapi kene bayar guna not RM50 sebab ATM sekarang dah tak berapa cenderung nak keluar not RM10. Yang aku serba salah nak guna duit RM50 tu sebab aku risau kedai tu takde duit pecah. Aku pulak yang risau. Bodoh betul. Selalunya pekerja kedai dari Nepal akan cakap “Duit kecik tada ka?? “, aku pun jawab “Takde”. Aku siap tunjuk dompet kosong untuk mengukuhkan statement. Alih-alih dia tak bagi beli, siap suruh aku pegi pecah dulu duit tu. Macam ni punya cara meniaga pun ada.Tak guna betul. Tapi bila ada kedai yang terima, kadang-kadang aku macam ada rasa kesian kalau-kalau tuan kedai tu kehabisan not RM10 bila pulangkan duit baki aku. Perkara ni pun membuatkan aku rasa bodoh jugak bila fikir-fikir balik.


5) Hafal Dialog

Melihatkan pada respon commentator pada entri asal, rupanya ramai jugak yang mengalami perkara yang sama..sekurang-kurangnya aku tak rasa loser sangat. Mungkin kita boleh rasa loser sama-sama lepas ni? Dulu masa aku muda aku tak tahu macamana nak berbual dengan budak perempuan. Dah la aku jenis yang tak berapa articulate..dalam kepala macam-macam aku fikir, ayat-ayat jenis dalam TV..tapi tak tahu nak cakap yang mana. Yang paling mendebarkan adalah bila nak berbual dalam telefon..rasa nak demam sebab takut tak tahu nak bual apa. Aku kagum betul dengan kawan-kawan aku yang couple masa sekolah yang boleh bergayut berjam-jam. Entah binatang apa yang diorang bual dengan awek sampai subuh.

Lalu untuk merasa selamat, aku pun mengikut langkah yang dibuat magenta ketika umurnya 8 tahun (at least umur kau 8 tahun, aku dah sekolah mengengah kot masa tu) dengan menulis dialog apa yang nak dibualkan dalam telefon nanti. Siap ada berberapa emergency sentences yang hanya akan digunakan jika berlaku awkward silence (hanya bunyi kipas dan cengkerik sahaja yang kedengaran) dalam perbualan itu. Kalau la mak aku tahu aku macam ni mesti dia sedih.Tapi itu kalau aku yang nak telefon, boleh la nak prepare apa yang patut. Yang menakutkan aku adalah bila si perempuan tiba-tiba telefon aku. Sebabnya aku tak boleh nak bersedia apa-apa. Selalunya pada situasi macam tu aku akan jadi blur sebab otak aku tak boleh nak proses ayat dengan kadar segera. Jadi selalunya ayat yang keluar adalah “aaa…aaa” sahaja. Tak James Bond langsung.

Tentang membuat decision on the spot pun satu hal. Aku selalu mengambil masa agak lama untuk pesan air kat restoran. Jadi selalunya Teh 'O' Ais adalah air default yang dipesan tanpa berfikir. Kalau fikir lama sikit air itu boleh berubah menjadi Sirap Bandung. Air buah pula hanya dipesan apabila melepak bersama kawan wanita sahaja memandangkan kecenderungan air buah untuk di'pow' dikalangan kawan lelaki adalah amat tinggi.

Sekian sahaja entri.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 11:07 PTG | 3 mencari publisiti  
Isnin, 12 April 2010

bukan selalu

Dalam kereta itu aku nampak kau. Tapi aku tak boleh panggil kau.

Sebab suara aku tak ada. Bukan aku bisu tapi suara tak nak keluar.

“Tolong. Tolongg..”aku kata.

Tak ada respon. Aku terasa macam hidup didalam peti ais.

Kemudian pada satu hari nanti aku akan memeluk seorang perempuan.

Ketika dia tidur disebelah aku.



ditulis oleh wonderpitt pada jam 1:48 PTG | 0 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)