Selasa, 25 Mei 2010

Tudung

Ramai perempuan beragama Islam tak pakai tudung bukan sebab diorang nak melanggar perintah agama. Mungkin mereka cuma rasa susah nak dress up kalau pakai tudung, sebab fesyen bertudung adalah terhad. Ada yang rasa mereka akan nampak seperti duduk di flat kos rendah bila bertudung. Ada juga yang tak nak pakai semata-mata lelaki yang mereka suka itu sukakan wanita yang ‘free-hair’. (aku benci guna term ni. Term ni selalu digunakan oleh orang2 yang jakun apabila melihat rambut wanita)

Dari pemerhatian, ramai orang menganggap perempuan yang bertudung ni ‘kampung’, selekeh, xde class dan bermacam jenis degradation lagi. (aku pernah baca di FB, ada budak tu kira kerabat2 raja juga..dia comment lebih kurang macam ni: “kak long lagi la..berkawan dgn budak pakai tudung. Euwwww~”) Persepsi ini timbul sebab kebanyakan pemakai tudung tidak tahu bagaimana mahu berfesyen..itu belum cerita bab mentaliti & tahap self-esteem yang banyak dikaitkan dengan mereka. yang mereka tahu hanya menonton AF dan mengundi peserta kegemaran masing-masing. Mungkin disebabkan ini juga lah ramai perempuan tak memakai tudung, takut dilabel bukan-bukan.

Kebanyakan yang bertudung ini mempunyai satu masalah. Mereka ini tidak ada style. Tanpa style, pakaian seseorang itu mungkin akan kelihatan seperti alas kaki. Color pulak main bantai sahaja(siapa entah ajar pakai tudung kuning, baju biru & seluar oren..patut lah kereta boleh eksiden). Tudung tidak bersalah dalam kes ini..even kau tak pakai tudung pun, kalau style takde, kau nampak mcm maid indon juga. Sebab tu yuna nampak lawa. Walaupun hidung dia besar, tapi dia faham apa itu style. Dia tau nak match apa dengan apa, material apa, color apa, potongan mcmana etc etc. Yuna juga mempunyai color sense yang bagus. jarang ada perempuan bertudung seperti ini (mungkin ramai, tapi tak cukup popular untuk keluar tv)

Lelaki lebih meminati perempuan yang berambut bebas bukan kerana lelaki suka tengok rambut (lelaki lebih berminat melihat payudara) Tetapi kerana cara mereka berpakaian lebih style dari kebanyakan perempuan bertudung, ditambah pula dengan cara mereka bercakap, confidence level dan personality yang appealing membuatkan mereka nampak lebih bagus. Tapi dengan ada lebih banyak perempuan seperti yuna, wardina safiyyah & nurul izzah, aku rasa mungkin persepsi pada perempuan bertudung akan dapat diubah. Lelaki pun akan lebih konfiden untuk bawa teman wanita mereka yang bertudung berjumpa ibu. Personally aku suka wanita bertudung yang stylish kerana mereka inilah yang akan bagi 1st impression pada non-muslim yang wanita islam juga boleh bergaya dan tak kodi. Ini juga dapat mengelakkan perempuan non-muslim takut nak convert sebab takut kena pakai tudung bawal. (tudung paling turn off. aku rasa perempuan patut stick dgn shawl & tudung yg tiada manik dan motif bunga2 mengarut sebab ni sangat typical makcik2)

Perempuan yang sudah mengucap tak perlu malu untuk memakai tudung. (ironi betul kalau ini berlaku, sepatutnya mereka perlu malu kalau tak pakai) Yang lebih penting anda tahu kenapa dan untuk apa tujuan memakai tudung itu, bukan pakai disebabkan bapak anda yang suruh pakai. Kalau tak ada idea apa itu stail, anda boleh lihat Hana Tajima untuk panduan. Atau tanya kawan saya, Nurain Md. Fuat (wanita malaysia pertama yang memakai tudung dengan skulls print)


ditulis oleh wonderpitt pada jam 5:20 PG |  

3 mencari publisiti:

Langgan: Catat Ulasan (Atom)