Selasa, 1 Jun 2010

lucid

Bila aku mencuri sesuatu barang, aku akan rasa takut dan bersalah.

Apatah lagi bila tuan punya barang tu dapat tahu aku yang curi simbal drum dia.

Dia pun mula mengejar aku.

Aku pun cuba lari.

Tapi malangnya pintu-pintu di depan aku terkunci. Tak ada jalan keluar.

Yang ada cuma lubang tetingkap di atas pintu sebesar tapak kaki.

Tiba-tiba aku dapat rasakan semua ini adalah mimpi.

Lalu aku melompat kedalam tingkap berkenaan dan terbang keluar.

Aku pun selamat.



Kalau dah mimpi, kita buat cara mimpi.


ditulis oleh wonderpitt pada jam 3:41 PTG | 0 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)