Jumaat, 30 Disember 2011

kata-kata

"kepercayaan dan hormat,
adalah asas kasih sayang."

-amrul kareem.



ditulis oleh wonderpitt pada jam 11:27 PG | 0 mencari publisiti  
Khamis, 3 November 2011

bintik-bintik hitam

manusia tak perfect seperti idea-idea.

Dari jauh semua nampak flawless. Tapi bila kau pergi dekat sikit,

Kau akan mula nampak bintik-bintik hitam.

..dan bekas parut jerawat.

Bio-oil pun belum tentu dapat merawatnya.

kau yang baca ni pun sama.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 4:43 PTG | 0 mencari publisiti  
Rabu, 26 Oktober 2011

LOVE

It's nice to see you again.


.
ditulis oleh wonderpitt pada jam 11:57 PTG | 0 mencari publisiti  
Khamis, 15 September 2011

waktu itu

kau pernah kena tumbuk?

Aku pernah. Di muka.

Oleh seorang budak gemuk bernama norman.

Waktu itu kami berumur 10 tahun.

Aku tak ingat kenapa kami bergaduh. Mungkin sebab dia annoying.


Sekarang mungkin dia masih gemuk.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 4:16 PG | 0 mencari publisiti  
Isnin, 1 Ogos 2011

neknda

nenek aku terbaring. dah 5 tahun dia terbaring. sakit tua, dah tak mampu nak bangun. umur dia dah 90.

aku masuk bilik, aku tengok dia pandang ke arah tingkap.

"neknda fikir apa?" aku tanya.

"fikir mati.." kata dia.

aku tak tahu nak jawab apa. semoga Allah panjangkan umur neknda.

.
ditulis oleh wonderpitt pada jam 1:20 PG | 1 mencari publisiti  
Jumaat, 15 Julai 2011

tak sempurna

Ada suatu masa, bila hari dah habis, kita balik ke rumah.
Ketika itu mungkin baru kita terfikir dan sedar.

“Kenapa aku cakap macam tu tadi?, patut aku cakap macam ni..”

atau

“Kenapa aku buat macam tu tadi?, patut aku buat macam ni..”


Kalau boleh mahu sahaja kita patah balik, dan perbetulkan semuanya.
Tapi kita cuma manusia. Tak ada apa nak disesalkan.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 5:18 PTG | 2 mencari publisiti  
Isnin, 4 Julai 2011

apa diingatkan tentang masa yang lalu?

ditulis oleh wonderpitt pada jam 2:05 PG | 0 mencari publisiti  
Ahad, 29 Mei 2011

kaseh asmara

kaseh asmaraku (demo) by wonderpitt

ini lagu emosi. lagu tentang kesedihan.
tapi aku tulis lagu ni di dalam tandas ketika membuang air besar.
siapa sangka membuang air besar boleh memberi kesedihan.


andai waktu masih ada
ku ingin kamu kembali padaku
kaseh dewi asmaraku
ku meronta cumbu dan rayumu

ku tak berdaya
seandainya kau tiada disisiku
ku tak mampu hidup sendirian

yang layu kan bernyawa
segalanya kan bermakna kepada diriku
bila engkau pulang ke kalbu


maaf lagu tak siap, masih mentah dan berterabur.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 11:39 PTG | 7 mencari publisiti  
Khamis, 13 Januari 2011

menyeluk saku Ana Raffali


I dunno lah man... lagu dia macam... bukan dari hati, if you know what i mean. its like i dont believe her songs. compare to yuna, yuna punya lagu sincere.” kata seorang kawan kepada saya. Beliau sudah melarikan diri ke Great Britain menyambung pengajian. Mungkin beliau akan terus berada disana selama-lamanya kerana kecewa dengan mutu pengangkutan awam di Malaysia.

Saya agak setuju dengan dia. Tidak pula saya kata lagu ana raffali tak sincere atau keji serta penuh dengan sifat-sifat mazmumah yang lain. Saya rasa lagu-lagu yuna itu terasa lebih jujur kerana lagunya mudah dikait dan dekat dengan diri sendiri. Yuna tahu bagaimana memberi suara dan bunyi kepada perasaan-perasaan tipikal yang sering timbul dalam dada anak-anak muda. Tapi ramai yang lebih memberi perhatian kepada apa yang timbul di luar dada sebenarnya.

Ramai yang mengecam kemenangan ana raffali. Mungkin mereka berbuat demikian kerana stacy atau tomok tidak menang. Pada saya, lagu ana itu bukan lah tidak bagus..cuma maksud lagu itu susah nak ditelan kerana liriknya nampak terlampau mahu berseni sampai oghe tok pahe. Last2 judges saja yang faham. mungkin AJL tahun depan patut ditukar kepada AJLYJS (anugerah juara lagu yang juri suka) supaya orang tak pertikai.

Pemenang AJL is secara undian penonton kan?” tanya kawan saya lagi.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 12:28 PG | 0 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)