Khamis, 13 Januari 2011

menyeluk saku Ana Raffali


I dunno lah man... lagu dia macam... bukan dari hati, if you know what i mean. its like i dont believe her songs. compare to yuna, yuna punya lagu sincere.” kata seorang kawan kepada saya. Beliau sudah melarikan diri ke Great Britain menyambung pengajian. Mungkin beliau akan terus berada disana selama-lamanya kerana kecewa dengan mutu pengangkutan awam di Malaysia.

Saya agak setuju dengan dia. Tidak pula saya kata lagu ana raffali tak sincere atau keji serta penuh dengan sifat-sifat mazmumah yang lain. Saya rasa lagu-lagu yuna itu terasa lebih jujur kerana lagunya mudah dikait dan dekat dengan diri sendiri. Yuna tahu bagaimana memberi suara dan bunyi kepada perasaan-perasaan tipikal yang sering timbul dalam dada anak-anak muda. Tapi ramai yang lebih memberi perhatian kepada apa yang timbul di luar dada sebenarnya.

Ramai yang mengecam kemenangan ana raffali. Mungkin mereka berbuat demikian kerana stacy atau tomok tidak menang. Pada saya, lagu ana itu bukan lah tidak bagus..cuma maksud lagu itu susah nak ditelan kerana liriknya nampak terlampau mahu berseni sampai oghe tok pahe. Last2 judges saja yang faham. mungkin AJL tahun depan patut ditukar kepada AJLYJS (anugerah juara lagu yang juri suka) supaya orang tak pertikai.

Pemenang AJL is secara undian penonton kan?” tanya kawan saya lagi.

ditulis oleh wonderpitt pada jam 12:28 PG | 0 mencari publisiti  
Langgan: Catatan (Atom)